Apa itu Bipolar

Ketahui tentang Penyakit Mental Bipolar

KESIHATAN MENTAL

6/25/20241 min read

Bipolar

Pesakit yang menghidap bipolar disorder mengalami 2 situasi iaitu situasi mania dan juga depressed. Simptom yang ditunjukkan termasuklah senang dialihkan perhatiannya,

tak perlu tidur,

tahap pemikiran yang teruk,

pengawalan amarah yang teruk,

perlakuan yang tidak selamat,

tenaga yang berlebihan melampau,

bercakap dengan sangat laju,

pemikiran yang datang dengan tiba-tiba dan tak dapat dibendung,

perbelanjaan melampau yang membazir,

binge eating/drinking,

dan pengambilan dadah dalam episod mania.

Manakala dalam episod depression pula,

pesakit biasanya berada dalam keadaan sedih,

sentiasa letih dalam semua hal,

tidak mempunyai minat dalam hampir semua perkara,

tidak menunjukkan emosi,

terasa sangat letih,

mempunyai masalah tidur,

dan memencilkan diri daripada rakan dan keluarga

Selain daripada itu, otak manusia dengan bipolar disorder juga merembeskan neurotransmitter jenis serotonin, dopamine, dan norepinephrine yang menyebabkan fikiran berkecamuk yang datang secara tiba-tiba.

Mania atau kemurungan adalah faktor penyebab seseorang pesakit itu hilang rasional berfikir dan biasanya gejala bipolar akan menyerang individu pada penghujung umur remaja dan awal dewasa

Bipolar ini agar sukar untuk dikesan kerana selalunya pesakit akan berkelakuan normal dan dilihat gembira serta progresif. Ia dianggap sebagai sifat yang positif kerana tidak langsung telah menyembunyikan permasalahan sebenar yang dihidapi pesakit.

Hakikatnya, pesakit itu sebenarnya berhadapan dengan pelbagai perubahan emosi yang berulang.

Gejala Mania

1. Tenaga meningkat dan berkemampuan melakukan banyak aktiviti

2. Terlalu gembira atau sedih

3. Sering resah

4. Banyak berfikir, bertutur laju dan idea berubah-ubah

5. Sukar menumpukan perhatian

6. Sukar untuk tidur dan tidur dalam tempoh yang singkat sudah mencukupi

7. Mudah percaya dengan perkara yang tidak realistik

8. Lemah pertimbangan

9. Suka berbelanja besar

10.Perubahan kelakuan yang berpanjangan


Gejala Kemurungan

1. Kesedihan, keresahan dan rasa kosong berpanjangan

2. Rasa diri tidak berguna pesismis

3. Rasa bersalah dan tidak berdaya

4. Hilang minat pada aktiviti digemari termasuk melakukan hubungan seks

5. Rasa tidak bertenaga dan cepat penat

6. Sukar menumpukan perhatian

7. Sukar mengingat dan membuat keputusan

8. Mudah resah dan terganggu

9. Tidur terlalu banyak dan tidak boleh tidur

10. Selera berubah sama ada naik secara mendadak atau turun tanpa disedari

11. Sentiasa sakit tetapi bukan disebabkan kecederaan fizikal

12. Timbul keinginan untuk membunuh diri

https://nna.onpay.my/