SALAM MAULIDUR RASUL
mencintai nabi itu wajib
AGAMA
9/16/20241 min read


Kenapa perlu sambut maulidur Rasul?
Untuk menghangatkan penghayatan kepada baginda nabi S.A.W.
Mencintai nabi S.A.W. itu WAJIB.
Kecintaan itu melebihi dari segalanya selepas cintakan Allah.
Ia tentang keimanan dan akidah. Bukan biashe biashe. Sambutan bukan saja suka suka. Berhimpun berarak kemudian bersurai.
Ia lebih dari itu. Kalau di hari keputeraan baginda nabi S.A.W. pun kita tidak rasa apa-apa, mahu mengharap hari lain untuk menanamkan kecintaan yang tertinggi terhadap nabi S.A.W?
Buku Biografi Muhammad bin Abdullah ini saya miliki 11 tahun lepas. Sekali khatam beberapa kali air mata mengalir. Gaya penceritaan yang dimuatkan penuh emosi.
Buku ini bukan penglipurlara untuk menyeronokkan pembaca. Ia ditulis oleh pakar sirah yang diakui sarjananya.
Maka tiada kekhuatiran apabila membacanya kerana ceritanya bersumber sahih lagi meyakinkan.
SALAM MAULIDUR RASUL 2024