
Selamat Hari Bipolar
Kempen Kesedaran Kesihatan Mental
KESIHATAN MENTAL
3/30/20251 min read


HARI BIPOLAR SEDUNIA 2024
Ramai yang tidak sedar setiap 30 Mac adalah hari memperingati penyakit Bipolar di seluruh dunia. Bipolar adalah salah satu penyakit mental dari beberapa jenis penyakit mental yang sedia ada.
Gangguan Bipolar adalah keadaan kesihatan mental yang dicirikan oleh perubahan suasana emosi yang ekstrem merangkumi emosi mania dan depresi.
Berikut adalah beberapa gejala yang biasanya berkaitan dengan gangguan Bipolar:
Gejala Episod Mania:
Rasa sangat gembira atau mudah tersinggung
Memiliki perasaan tinggi diri
Tahap tenaga dan aktiviti yang meningkat
Idea mencurah curah dan pertuturan yang cepat
Sikap impulsif dan terlibat dalam tingkah laku berisiko seperti pembelanjaan berlebihan dan pemanduan berbahaya.
Kehendak tidur yang berkurangan
Kesukaran untuk menumpukan atau memfokuskan pada tugas
Kepercayaan yang tidak realistik terhadap keupayaan atau kuasa diri
Gejala Episod Depress:
Rasa sedih, putus asa atau kosong sepanjang hari
Kehilangan minat atau keseronokan dalam aktiviti yang pernah dinikmati
Perubahan dalam selera makan atau berat badan
Insomnia atau tidur berlebihan
Kebosanan atau kehilangan tenaga
Rasa tidak berharga atau bersalah yang berlebihan
Kesukaran untuk menumpukan, membuat keputusan atau mengingati sesuatu perkara
Fikiran tentang kematian atau bunuh diri, percubaan bunuh diri atau tingkah laku melukakan diri sendiri
Penting untuk diperhatikan perubahan ini boleh berbeza dari individu ke individu. Sesetengah individu mungkin mengalami episod yang lebih kerap dan teruk, manakala yang lain mungkin memiliki tempoh kestabilan yang lebih panjang di antara episod.
Jika anda atau seseorang yang anda kenali mengalami gejala gangguan Bipolar, adalah penting untuk mendapatkan bantuan daripada seorang profesional kesihatan mental.
Gangguan Bipolar adalah keadaan yang boleh dirawat, dan dengan diagnosis dan pengurusan yang tepat, pesakit boleh menjalani kehidupan yang baik. Rawatan biasanya melibatkan kombinasi ubat, psikoterapi, dan perubahan gaya hidup. Intervensi awal dapat meningkatkan hasil dan kualiti hidup bagi individu dengan gangguan Bipolar.
Sebahagian besar simptoms Bipolar ini telah saya rasai sendiri selama bertahun tahun. Ia bukan satu gurauan. Penyakit mental memang benar benar wujud.
Saban tahun kes pesakit mental meningkat dan membimbangkan. Bagaimana penyakit ini boleh menyerang individu? Bila dan mengapa?
Saya kongsikan semuanya dalam ebook saya Pejuang Bipolar.
Masyarakat harus sedar tentang kewujudan penyakit mental dan mengambil langkah awal untuk mengelakkan dari terkena penyakit ini.
Cegah sebelum parah.
SELAMAT HARI BIPOLAR SEDUNIA.
30 MAC 2025.